Memanfaatkan Halaman Rumah dengan Taman Herba Keluarga
Memanfaatkan Halaman Rumah dengan Taman Herba Keluarga
Call no.
: 615.321.MEM
Author
: Muhammad Fahmin Bin Abdul Aziz
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Menduduki kediaman dengan halaman luas berbanding kediaman lain adalah satu kelebihan kepada pemilik rumah kerana mereka boleh memanfaatkan ruang untuk membina taman idaman tanpa gusar ruang terhad. Memanfaatkan kawasan tanah atau ruang belakang rumah dengan bercucuk tanam merupakan antara usaha berjimat – cermat yang nyata mampu membantu mengurangkan perbelanjaan dapur.
Pada masa kini, membina taman di kediaman sangat digalakkan kerana dengan kehijauan dan deruan air, mampu membuatkan sesiapa saja yang berada dalam tekanan mampu meredakannya tanpa perlu pergi jauh.
Buku ini merungkai mengenai manfaat halaman rumah untuk Tanaman Ubat Keluarga ( TUGA ), tanaman ubat-ubatan yang tumbuh liar, tanaman ubat-ubatan dari jenis tumbuhan akar umbi ( Rizom ), tanaman ubat-ubatan yang berbentuk pagar hidup, jenis menjalar, jenis perdu dan jenis pohon teduhan.
Tajuk yang paling menarik di dalam buku ini ialah mengenai ‘Tuga’ iaitu singkatan kepada ‘Taman Ubat Keluarga’. Bagi mereka yang tidak mempunyai halaman rumah, tanah atau bagi yang tinggal di pangsapuri dan kondominium, tuga masih boleh diusahakan tetapi terhad dari segi ruang dan perlu menggunakan kaedah berlainan. Cara penanaman mini – vertikultur , penanaman tumbuhan herba di dalam pasu-pasu kecil dan juga kaedah hidropronik boleh digunakan bagi meneruskan aktiviti tanaman ini.
Gabungan khasiat yang terkandung dalam tanaman tuga mempunyai khasiat dan kelebihan bagi menjamin kesihatan dan kesegaran pengamalnya. Antara faedah yang dikenalpasti ialah memelihara dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, menguatkan jantung, mencegah barah dan ketumbuhan seminoma yang mungkin, membersihkan tubuh daripada bahan-bahan beracun dan menurunkan kadar gula dan tahap kolestrol di dalam darah. Selain bermanfaat untuk kesihatan, tanaman tuga juga boleh mencantikkan halaman rumah.
Secara keseluruhannya, buku ini mengkaji masalah penanaman sayuran di alam rumah samada kawasannya sempit atau luas. Aspek yang dibincangkan adalah masalah pemilihan jenis sayuran, penentuan corak penanaman, penentuan kawasan penanaman, pemeliharaan tanaman sehinggalah kepada penuaian hasilnya. Buku ini penting bagi mereka yang berminat untuk memanfaatkan perkarangan rumah. Tambahan pula bagi mereka yang amat mengambill berat dengan penampilan rumah dan keperluan nutrisi keluarga mereka.