Entelah : WARISAN dan HUBUNGANNYA dengan KEPERCAYAAN MASYARAKAT IBAN
Entelah : WARISAN dan HUBUNGANNYA dengan KEPERCAYAAN MASYARAKAT IBAN
Call no.
: 398.608999225/PAT
Author
: PATRICIA GANING, ASMIATY AMAT, LOKMAN ABDUL SAMAD
Contributor
: Georgiana Usun Jok
Summary
Entelah atau teka-teki dalam kalangan masyarakat Iban memainkan peranan yang sangat penting, termasuk sebagai wadah dokumentasi sosio-budaya masyarakat Iban. Kajian ini telah menolak pandangan umum bahawa entelah hanyalah sastera lisan dalam bentuk hiburan semata-mata. Kajian yang menggunakan teori semiotik Peirce telah berjaya mengungkap tanda-tanda bermakna dalam minda yang merujuk kepada penanda tertentu untuk mentafsirkan tanda-tanda penting yang berkaitan dengan kehidupan dan kepercayaan masyarakat Iban. Antara tanda dominan yang ditemui dalam entelah adalah tanda Dewi Kumang dan pokok tapang atau tualang. Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan penyelidik sastera rakyat serta memberikan maklumat tambahan mengenai keunikan sastera lisan milik masyarakat pribumi, khususnya masyarakat Iban, yang jarang dilakukan oleh penyelidik sebelum ini.