Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang. Aminah, Fatimah dan Rabiatul Adawiyah, srikandi-srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah mereka, mengajar kita erti cinta.