EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sistem Ultra Minda ESP JOSE SILVA (Perubahan Minda Menuju Kejayaan)

image description
Call no.
: 158.1 BER
Author
: Ed Bernd, JR
Contributor
: Mohamed Ismauli Bin Abdul Wahab
Summary
Buku ini menerangkan cara bagaimana anda boleh mengunakan kuasa minda anda yang sungguh menakjubkan itu untuk berkomunikasi dengan satu kuasa yang lebih tinggi dan memohon bimbingan yang akan membolehkan anda berjaya, bahagia serta berpuas hati dengan kehidupan anda di muka bumi. Jose Silva percaya bahawa semua orang berhak menikmati kejayaan, kebahagiaan dan kepuasan hidup. Beliau merasa sedih melihat begitu ramai orang yang tidak bahagia, tidak berpuas hati dan tidak berjaya dalam kehidupan mereka. Justera, beliau telah mencipta SISTEM ULTRA MINDA ESP bagi membantu mereka mengatasi masalah ini. Beliau juga dikenali sebagai mahaguru yang mengajar manusia supaya mengunakan keupayaan minda dengan sepenuhnya. Sistem silva telah membantu jutaan orang dalam mengesan intuisi semula jadi dan kebolehan psikik serta mengunakan mida masing-masing dengan cara baru iaitu tahap pemikiran alpha. Dalam buku ini juga anda berpeluang untuk mempelajari suatu siri teknik yang unggul dan yang boleh membantu anda mengatasi segala rintangan yang menghalang usaha anda untuk mencapai kejayaan dan memenuhi matlamat sebenar kehidupan anda di dunia ini. Sebaik sahaja anda berada di landasan dan bergerak menuju ke arah yang betul, anda akan mempelajari prinsip-prinsip silva di mana ia dapat membantu anda dalam meneruskan usaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup. Menurutnya lagi segala usaha dan kejayaan bukanlah menunggu keesokan harinya bahkan ianya perlu dilakukan dalam masa sekarang.