Seperti yang kita ketahui, Autisme ialah gangguan neurologi yang menjejaskan komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak autisme sering dilihat seperti berada dalam di dunia mereka sendiri. Masyarakat perlu memahami dan menerima anak-anak istimewa ini dengan hati terbuka agar mereka juga berpeluang berjaya seperti anak-anak normal yang lain.
Dalam buku ini, penulis telah berkongsi suka duka membesarkan anak autisme nya yang bernama Angah, dengan bahasa yang santai dan penuh rasa. Kejayaan Angah memperoleh ijazah dari Universiti Sains Malaysia menjadi inspirasi buat kanak-kanak autisme yang lain. Buku ini juga memberi kesedaran serta panduan, terutama kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya intervensi berterusan untuk membantu perkembangan anak-anak dalam spektrum autisme.