EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Wadah Resipi yang Dilupakan = The Box of Forgotten Recipes

image description
Call no.
: 899.2333/LOW
Author
: Charmaine Low
Contributor
: Marilyn Anak Albert Matu
Summary
Dalam buku ini, Ali yang telah menemui sebuah kotak lama yang menyimpan khazanah istimewa iaitu resipi-resipi tradisional milik moyangnya. Demi menghidupkan semula warisan tersebut, Ali memulakan perjalanan dari Timur ke Barat yang penuh keunikan untuk mendapatkan bahan-bahan segar yang lengkap. Perjalanannya membawanya ke Kota Kinabalu, ke kampung sahabatnya Zeranietta. Mereka menangkap ikan dengan menggunakan cara tangkapan kuno pada ikan ternakan saudara sahabatnya itu untuk mendapatkan sumber laut yang segar. Semasa menikmati makanan daripada resipi tersebut, maka tercetuslah sebuah idea daripada Ali. Dengan sokongan rakan-rakan yang lain, mereka akhirnya berjaya membuka sebuah kedai makan yang diinspirasikan daripada resipi-resipi istimewa tersebut. Sambutan hangat daripada masyarakat menjadikan kedai mereka titik permulaan kepada pembukaan lebih banyak kedai makan berkonsep serupa di kawasan sekitar. Secara keseluruhannya, buku ini sangat menarik dari segi jalan ceritanya dan nilai murni yang diterapkan dalam setiap karakter sesuai dengan negara kita yang bermasyarakat majmuk. Buku yang mempunyai ilustrasi menarik dan dalam versi Dwibahasa cukup untuk membuatkan para pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak untuk mempraktikkan perkara yang menginspirasikan mereka di dalam kehidupan sebenar.