EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PERANG MELAWAN MITOS : #MEDTWEETMY

image description
Call no.
: 613/PER   
Author
: Editor Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat 
Contributor
: AINIE UMAIRAH LEE ABDULLAH
Summary
Buku Perang Melawan Mitos merungkai penerangan di sebalik setiap pertanyaan seperti adakan mandi malam menyebabkan paru-paru berair? Adakah betul tindakan meletakkan ubat gigi di kulit yang melecur? Adakah herd immunity setelah divaksinkan kanak-kanak itu agenda Yahudi? Betulkah apabila terkena angin ahmar (stroke) maka kita perlu titiskan darah di jari mangsa? Buku ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil serius setiap tip kesihatan yang diterima mereka, ia juga merupakan langkah awal untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas sekali gus menepis panduan yang tidak tepat, salah atau sekadar mitos oleh mereka yang bukan pakar yang menimbulkan stigma, komplikasi penyakit bahkan menyebabkan kematian. Bahasa yang digunakan adalah mudah serta penulis mengelak untuk menggunakan istilah perubatan yang sukar difahami. Ilustrasi penuh warna warni juga bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga membantu pembaca memahami penerangan tentang subjek yang dibincangkan. Antara 36 penulis yang menghasilkan 62 artikel di dalam buku ini ialah Dr Khairul Hafidz Alkhair, Dr Anwar Fazal Abu Bakar, Dr Beni Rusani, Dr Rafidah Abdullah, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, Dr Mahyuddin Mohamed, Suhazeli Abdullah dan Jazlina Shahrul.