Raudhah lebih ditunjangi kisah pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya yang ingin bertaubat nasuha daripada perbuatannya membunuh semata-mata untuk mendapatkan bayaran yang lumayan.Faris yang buta agama mendapatkan bantuan sahabatnya Hambali untuk membimbingnya kembali ke jalan Allah.
Raudhah memaparkan kisah cinta islami, pencarian jalan pulang seorang hamba yang sesat. Di dalam pencarian jalan pulang itu terdapat pelbagai cabaran. Namun dengan bersangka baik dengan Allah yang Maha Pengampun, Allah memberikan hidayah kepada hamba-Nya walau dengan apa cara dan bagaimana sekali pun, mengikut kehendak-Nya termasuklah ketika seseorang itu berada dalam keadaan koma.Raudhah adalah penceritaan tentang taubat, Mekah dan Madinah.