Semangat hutan merupakan siri kedua dari trilogi Tombiruo. Jalan cerita menegaskan bahawa ilmu yang diberikan Allah ibarat setitis air di lautan. Manusia harus berusaha untuk mendapatkannya. Manusia yang mempunyai ilmu jangan sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada kerana bila-bila masa ilmu tersebut boleh ditarik semula oleh Tuhan.