“Perahu Kertas Amani” merupakan Siri Novel Amani terbitan Ana Muslim Sdn. Bhd. Ini merupakan bahan bacaan ringan bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Siri ini mengandungi 5 bab yang berlainan. Seperti siri-siri lain, buku ini diterajui oleh watak utama yang bernama Amani. Perahu Kertas Amanii, ceritanya lebih kepada cara pembahagian masa yang seimbang bagi seorang pelajar kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Dalam masa yang sama siri ini menitik beratkan mengenai hubungan sesama insan dan Maha Pencipta. Buku ini sesuai dibaca dan dikongsi setiap lapisan umur.