Buku ini menceritakan tentang karya-karya lukisan dari orang yang ternama daripada Karya Pelukis Malaysia dan Karya Pelukis Eropah. Selainitu juga, buku ini juga menceritakan sedikit sebanyak tentang biodata karya-karya agung pelukis dari Malaysia dan Eropah. Karya agung lukisan dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa yang mewakili zamannya. Sewajarnya karya-karya lukisan ini dikenal kerana seni lukisan mereka dan mesej pada lukisan yang tiada tolok tandingnya dihasilkan. Malah ianya dilakar oleh mereka yang berseni, kreatif dan kritis. Bagi saya buku ini baik dibaca untuk semua pelukis yang baru menceburi bidang ini bagi mengenali karya-karya yang ternama dan teragung dari Malaysia dan Eropah.