Usaha menternak ayam penelur merupakan salah satu cabang perniagaan yang dapat menjanjikan keuntungan kepada pengusahanya di samping mempunyai risiko yang rendah. Keuntungan yang optimum boleh dicapai sekiranya usaha penternak dijalankan secara komersil serta dilakukan dengan pengurusan dan penggunaan teknik yang berkualiti.
Buku ini memaparkan teknik penternakan ayam secara pratikal dengan lebih tepat dan dapat diaplikasikan oleh semua pengusaha ladang ternakan. Maklumat yang diberikan merangkumi kaedah pengendalian dan pengurusan ayam betina, penyediaan makanan atau kandang yang baik serta anggaran analisis kewangan yang terlibat.