Buku ini mengisahkan tentang pentingnya mendidik anak-anak dalam menjaga khazanah hutan dengan baik. Hal ini kerana saban hari, bumi semakin tercemar. Dan hutan perlu dipelihara. Ini kerana hutan dapat menyerap gas cemar udara yang dilepaskan oleh kilang dan kenderaan. Hutan juga menadah dan menyimapan air hujan di bawah tanah. Hutan juga menjadi tempat tinggal binatang yang kian pupus seperti orang hutan. Kesimpulannya, kita perlu menjaga khazanah hutan dengan baik kerana hutan ada banyak manfaatnya.