Buku ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Atim yang kasihankan Katik yang kehilangan ibunya. Mereka menjadi kawan baik. Dia sering bermain dengan Katik. Kemana sahaja dia pergi pasti dia bersama Katik. Suatu hari Katik hilang, puas Atim mencari diseluruh tempat mereka sering bersama. Tetapi Katik tetap tiada. Akhirnya Atuk Atim berhasrat untuk membelikan itik baru utk Atim, tetapi Atim tidak mahu kerana takut teringatkan Katik. Suatu hari Atim pergi memancing di sungai, tiba-tiba dia terdengar suara itik, apabila dia menoleh, kelihatan Katik dan anak-anaknya sedang berenang di dalam sungai. Atim bersa sangat gembira dan Atim mengajak Katik pulang ke rumahnya.