Buku ini adalah suntingan oleh ahli akademik hasil dari beberapa manuskrip hasil penyelidikan yang telah dijalankan di negeri Pahang. Buku ini memaparkan perubahan persekitaran fizikal khususnya dikawasan permukaan bumi yang bersempadan dengan sungai dan tasik, kesihatan persekitaran dan konflik alam sekitar yang menggangu kesihatan sesuatu ekosistem daratan atau akuatik. Buku ini membekalkan kepelbagaian maklumat ilmu berkaitan persekitaran yang melibatkan kajian pemodelan dalam hidrologi, hakisan, angkutan dan proses pemendapan, yang sangat relevan dengan aktiviti pembangunan disekitar sungai dan tasik.