MIRI -Seramai 25 orang
staf Pustaka Miri telah menyertai Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul
1433H Peringkat Bahagian Miri pada 5 Februari 2012.
Kontinjen
yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Pustaka Miri
berpakaian hitam dan ungu telah mempamerkan semangat ukhwah selaras dengan tema
‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.
Perhimpunan
telah berlangsung di Stadium Miri sebelum perarakan bermula. Perarakan tahun
ini telah melalui beberapa jalan utama Bandaraya Miri sebelum berakhir di tapak
permulaan.
Ianya
telah dirasmikan oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad
Asfia Awang Nasar dan turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Menteri
Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri.
Sejumlah
150 kontinjen daripada agensi kerajaan, swasta, sekolah, institusi latihan dan
persatuan telah menyertai majlis berkenaan.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024