EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pertandingan Warisan Budaya Tempatan antara Sekolah – Sekolah Menengah sekitar Bandaraya Kuching 2012

Posted on 16 October 2012



Kuching - Pustaka Negeri
Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Warisan Budaya Tempatan antara
Sekolah – Sekolah Menengah sekitar Bandaraya Kuching 2012
yang telah
diadakan pada 02 April 2012 sehingga 30 Ogos 2012. Pertandingan ini bertujuan
untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah penggunaan
sumber maklumat bercetak dan bukan bercetak bagi membolehkan para peserta
mengetahui dengan lebih lanjut bahan – bahan tempatan, sejarah kaum, tradisi,
budaya, sosio – ekonomi, norma hidup sesuatu kaum dan sebagainya. Disamping
itu, menggalakkan semangat kerjasama secara berpasukan dalam menghasilkan
kertas kerja yang berkualiti sebagai panduan apabila memasuki dunia kampus
kelak.





Pertandingan ini
berlangsung selama lima (5) bulan dan disertai oleh empat (4) buah sekolah
menengah dari sekitar Bandaraya Kuching. Setiap sekolah menghantar empat orang
pelajar dan seorang guru pembimbing. Pertandingan ini bertemakan kebudayaan dan
warisan etnik Sarawak. Hal ini di mana para peserta perlu untuk membuat kajian
ringkas mengenai tajuk yang telah dipilih oleh mereka dan dihantar kepada pihak
penganjur dalam bentuk salinan bercetak dan tidak bercetak.





Pada 22 September 2012
yang lepas, telah diadakan majlis pembentangan hasil kerja oleh para peserta
dan juga majlis penyampaian sijil dan hadiah. Majlis penyampaian hadiah bagi
pertandingan ini telah disempurnakan oleh Encik Japri Bujang Masli, Pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak. Pertandingan ini telah
dimenangi oleh SMK Bandar Kuching No.1 dengan tajuk kajian “Li Bing
masih diminati atau semakin ditelan zaman”. Cikgu Lieu Sit Fong dari SMK Bandar
Kuching No.1 telah terpilih sebagai Guru Pembimbing Terbaik. Manakala peserta
dari sekolah lain telah pulang dengan membawa hadiah saguhati. Majlis pada pagi
tersebut turut dihadiri oleh wakil pemerhati dari sekolah menengah dari sekitar
Bandaraya Kuching dan Samarahan.