Kuching - Pada tanggal 9 April 2013, empat belas
agensi dari Sabah dan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan, Indonesia telah
bergabung serta bersetuju mengusahakan satu kerjasama untuk mengumpul
penerbitan mengenai Borneo yang terdapat di Borneo. Oleh itu, satu Majlis
Menandatangani Memorandum of Collaboration (MoC) diantara 14 agensi kerajaan
dari pelbagai bidang telah diadakan di Banjarmasin, Kalimantan Selatan untuk
memeterai satu perjanjian kerjasama dalam perkara ini.
Sepintas lalu, pada tahun 2002, k@Borneo atau Knowledge on Borneo hanya dianggotai
oleh lapan buah agensi dari Sabah dan Sarawak, Malaysia, Kalimantan Barat,
Indonesia dan Brunei Darussalam. Kini, 14 agensi telah turut serta dalam
pengembangan koleksi mengenai Borneo dan yakin bahawa usaha ini dapat
memberikan impak dalam penyatuan semua koleksi Borneo dari aspek memudahkan
akses serta sumbangan dalam menggalakkan lebih banyak kajian mengenai Borneo
dilakukan. Agensi yang terlibat adalah seperti perpustakaan negeri dan
jabatan-jabatan kerjaan antaranya Pustaka Negeri Sarawak, UNIMAS, Perpustakaan
Negeri Sabah, Muzium Sabah, UMS, Badan Perpustakaan Provinsi Kalimantan Barat
dan Majlis Adat Dayak Nasional Kalimantan Barat.
Pustaka Negeri Sarawak telah diwakili oleh YBhg Tan Sri
(Dr.) Hamid Bugo dalam upacara
menandatangani dokumen (MoC). Upacara menandatangani MoC ini telah
disaksikan oleh Bapak Muhammad, yang mewakili Gurbernur Kalimantan Selatan
(KALSEL). Bibliografi k@Borneo Ke-2 turut dilancarkan bersempena majlis
menandatangani MoC ini.
Hampir 700 bahan-bahan terdiri dari laporan-laporan
kajian, cerita-cerita rakyat dari Kalimantan, Thesis dan disertasi universiti
dan lain-lain penerbitan dapat diakses melalui portal www.kborneo.com.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024