Kuching : Pameran Sarawakiana yang bertajuk “Perkembangan Islam di Sarawak akan diadakan bermula 15 April 2021 hingga 30 Jun 2021 bertempat di Ruang Rujukan, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak bermula dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Objektif pameran ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai sejarah dan perkembangan Islam di Sarawak, ulama-ulama di Sarawak dan perkembangan Pendidikan Islam di Sarawak.
Selain itu, orang awam juga boleh melayari pameran ini secara dalam talian melalui saluran Youtube rasmi – PustakaSarawak.
Pameran ini adalah terbuka kepada orang awam dan penyertaan adalah percuma.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Natalia Muhammad (nataliam@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025