KUCHING, 13 September 2021: Bersempena dengan Festival Sarawakiana yang akan berlangsung dari 1 hingga 30 September 2021, Pustaka Negeri Sarawak akan berkongsi video bertajuk Pameran Budaya Sarawak: Nikah, Melah Pinang dan Pinchawan pada:
Tarikh: 15 September 2021
Masa: 11:00 pagi
Saluran: YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)
Objektif program ini adalah:
1. Untuk mendidik dan berkongsi maklumat kepada orang ramai mengenai topik perkahwinan tradisional di Sarawak.
2. Untuk mengetengahkan Siri Sarawakiana yang terdapat di dalam koleksi Pustaka kepada orang ramai.
Melalui video ini, penonton akan mendapat maklumat ringkas mengenai amalan perkahwinan tradisional di Sarawak dengan melihat rakaman yang diambil dari koleksi Siri Sarawakiana.
Siri Sarawakiana adalah siri berjudul yang diterbitkan oleh Pustaka Negeri Sarawak untuk mengetengahkan sejarah, etnik, seni dan budaya, kepercayaan dan tradisi yang terdapat di Sarawak.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel cmasyima@sarawak.gov.my (Puan Dayang Nur Syima Binti Awang Adrus).
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025