EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Program ‘Juh Nambah Ilmu’ Sesi 1, Pustaka Negeri Sarawak Mendapat Sambutan

Posted on 01 April 2022


30 Mac 2022, Kuching - Program Juh Nambah Ilmu Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya bermula 23 hingga 29 Mac 2022 yang lepas bertempat di beberapa buah Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Digital antaranya adalah Semariang, Simujan, Sejingkat, Demak, Matang, Batu 10 dan Siburan.

Program ini telah menarik lebih kurang 800 komuniti setempat dan antara aktiviti yang telah diadakan untuk kanak-kanak, golongan belia, pelajar sekolah dan warga emas adalah program Ilmu di Hujung Jari khas untuk warga emas, sesi Bacaan Kegemaran Saya, PANDei (Semak Mule dan Tali Khidmat), Mencating Batik, aktiviti Makerspace seperti 3D Printing, 3Doodler, mBot dan Pendaftaran Ahli Pustaka secara percuma.

Program “Juh Nambah Ilmu” merupakan satu program yang akan diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti dengan teknologi terkini serta memastikan komuniti setempat mendapatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan.

Objektif program Juh Nambah Ilmu ini adalah:-
i. Membentuk masyarakat yang membudayakan ilmu pengetahuan
ii. Memberi pendedahan kepada masyarakat di luar bandar berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti perpustakaan
ii. Mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan khususnya berkaitan teknologi sekarang.

Beberapa Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Digital telah dipilih untuk menjadi lokasi utama bagi penganjuran Program Juh Nambah Ilmu 2022 iaitu Perpustakaan Desa Sepakat Jaya, Perpustakaan Desa Taman Palma Indah, beberapa Sudut Bacaan di Simunjan, Perpustakaan Desa Hajah Senah Bugo, Perpustakaan Desa Bandar Baru Semariang, Perpustakaan Desa Taman Samarindah, Perpustakaan Desa Stakan Jaya, Perpustakaan Desa Taman Duranda Mas, Perpustakaan Desa Taman Sri Permai Batu 10, Landeh, Pusat Komuniti Digital Semariang Batu, Pusat Komuniti Digital Semerah Padi, Pusat Komuniti Digital Sejingkat dan Pusat Komuniti Pinang Jawa.

Sila layari laman sesawang kami di www.pustaka-sarawak.com dan sosial media kami untuk perkembangan terkini.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai seranta kami Nur Ashikin Ahmad, Unit Komunikasi di talian 0111-0870191 atau emel nuraa2@sarawak.gov.my

Terima kasih.