EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KBF 2022 Mendapat Sokongan Daripada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak

Posted on 08 November 2022

8 November 2022, KUCHING: Majlis Sidang Media Program Kuching Bookfair 2022 Anjuran Pustaka Negeri Sarawak oleh Yang Berhormat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak pada pagi ini.

KBF2022 adalah program yang pertama dianjurkan oleh Pustaka dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR) pada 24 hingga 27 November 2022 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. Objektif KBF2022 adalah untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat setempat di samping menyediakan platform untuk berinteraksi antara penerbit dan penulis serta menyokong industri buku khususnya di Sarawak.

KBF 2022 turut mendapat sambutan dan sokongan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan sekaligus bersetuju merasmikan KBF 2022 pada 25 November 2022 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak kelak.

Sebanyak 12 pempamer akan berada di Kuching Bookfair dan pelbagai koleksi buku boleh dimiliki oleh para pengunjung.

Pelbagai aktiviti dan program menarik juga akan turut berlangsung serentak bersempena Kuching Bookfair ini antaranya adalah:-
1. Special Needs Open Day
2. Bacaan Kegemaran Saya Bersama Fir Affandi, Affick Wazai dan Kak Lehot
3. Kupasan Buku BACA
4. Secangker Teh Setapak Bandong, Mengapa Membaca
5. Makersmeet 2022
6. Movie Under The Star : Raya And The Last Dragon dan banyak lagi!

Sila layari https://www.pustaka-sarawak.com/apps/kbf2022/ untuk keterangan lanjut atau hubungi pegawai seranta kami :-
i. Puan Nur Azah Azizudin : 082-442000 ext. 243 / nurazah@sarawak.gov.my
ii. Puan Ainie Umairah Lee : 082-442000 ext. 241 / leemc2@sarawak.gov.my

Upcoming Activities

There are no upcoming activities at the moment

View All Activities