EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Aktiviti Cuti Sekolah Anjuran Pustaka Negeri Sarawak

Posted on 17 February 2023

KUCHING, 17 Februari 2023: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti semasa cuti sekolah penggal pertama bermula 18 hingga 26 Februari 2023. Sila layari media sosial kami untuk pendaftaran awal dan kemasukkan adalah percuma.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah Soap Dough Making, Makerspace Open Day (3D Printing, 3D Doodler, Cubico Coding, mBot Racing, STEM Activities) dan Chocolate Making.

Objektif Aktiviti Cuti Sekolah kali ini adalah untuk menunjukkan bakat terpendam kanak-kanak, memperkasakan kemahiran pemikiran kreatif mereka, mencungkil bakat memasak mereka dan melatih kemahiran untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program dan aktiviti semasa cuti sekolah, sila berhubung dengan pegawai seranta kami Puan Ong Soon Foong di talian 082-442000 ext 342 dan Cik Anna Natasha di talian 082-442000 ext 343.

#PustakaNegeriSarawak
#SarawakStateLibrary
#BacaRekaCemerlang
#ReadInnovateExcel
#pustaka2023

Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/

//cer