18 Mei 2024, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari bertemakan 'Keterangkuman' pada 23 Mei 2024 bermula jam 8:00 pagi bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.
Orang awam dijemput untuk menyertai seminar ini dan penyertaan adalah PERCUMA!
Untuk makluman, Seminar Sarawak Lestari turut mendapat sokongan daripada Yang Berhomat Datu Dr. Hazland bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, sebagai langkah kesedaran kepada orang ramai mengenai Matlamat Pembangunan Mampan.
Seminar ini bertujuan untuk liputan yang meluas mengenai kesedaran mengenai Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan dan Mendidik peserta tentang 17 Matlamat Pembangunan Mampan dan menekankan kepentingannya dalam menangani cabaran global.
Penceramah jemputan akan menyampaikan empat (4) topik utama;
i. Matlamat 1: Tamatkan Kemiskinan Dalam Semua Bentuk di mana-mana.
ii. Matlamat 2: Hentikan Kebuluran, Capai Keselamatan Makanan & Pemakanan yang Lebih Baik dan Menggalakan Pertanian Mampan.
iii. Matlamat 3: Mencapai Kesaksamaan Jantina & Memperkasakan Wanita dan Gadis
iv. Matlamat 4: Mewujudkan Persekitaran Inklusif Kepada Komuniti Sarawak
Sila imbas Kod QR untuk pendaftaran.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai seranta kami Encik Nur Farhan bin Aini ditalian 082-442000.
Sarawakiana Exhibition: Local Fruits and Flowers by Amy Kho Bee Hung 15 Mar 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025