7 Jun 2024, KUCHING – Majlis Pelancaran dan Perasmian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pustaka Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif pada 7 Jun 2024 yang lepas bertempat di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.
Sesi pelancaran dan perasmian EKSA menandakan bermulanya gerak kerja dan tanda sokongan serta komitmen pengurusan tertinggi dan warga PUSTAKA. Turut dilancarkan ialah buku garis panduan EKSA Pustaka Negeri Sarawak yang bertujuan bagi memberi panduan kepada warga kerja PUSTAKA dalam melaksanakan EKSA untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa kondusif dan selamat.
Pelaksanaan EKSA di Pustaka Negeri Sarawak adalah untuk menyahut cabaran susulan daripada arahan Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam Surat Perkeliling Transformasi dan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Bilangan 4 Tahun 2023 yang mengarahkan agar semua agensi Kerajaan Sarawak melaksanakan EKSA sepenuhnya bermula suku terakhir tahun 2023.
Dalam usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif ini, sudah pasti ianya memerlukan semangat yang jitu dan iltizam yang tinggi di kalangan warga kerja Pustaka dengan kerjasama orang awam turut sama dalam merealisasikan amalan ini ke tahap yang lebih cemerlang dari hari ke hari.
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025