8 Ogos 2024, KUCHING - Bahagian Pengurusan Rekod, Repositori Rekod Negeri telah menjalankan Taklimat Pengurusan Rekod (TakPeR) yang disertai oleh 51 orang peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri di sekitar Kuching pada 6 hingga 7 Ogos yang lepas.
Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan penggunaan aplikasi Archival Record Management System(ARMS) bagi tujuan permohonan pelupusan rekod awam selaras dengan keperluan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 18, Sarawak State Library Ordinance, 1999.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod, sila berhubung dengan pegawai kami di talian 082-374000 atau melalui emel statedepository@sarawak. gov.my.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024