26 September 2024, KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak, Kuching, akan menganjurkan Sarawak Children's Literature Festival (SCLF) pada 5 dan 6 Oktober 2024. Festival ini dijadualkan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Pustaka Negeri Sarawak.
Pada tahun ini, SCLF akan melibatkan lebih daripada 50 rakan kerjasama, termasuk agensi, syarikat, dan organisasi dari pelbagai latar belakang. Festival ini juga akan menampilkan pencerita dari dalam dan luar negara bagi memupuk minat membaca dan meningkatkan pengalaman peserta melalui program sebegini.
Terdapat 12 ruang yang bakal diterokai oleh kanak -kanak melalui pelbagai aktiviti termasuk bengkel secara praktikal, persembahan muzik dan tarian, sesi bercerita, permainan, gerai jualan dan lain-lain . Aktiviti-aktiviti ini direka untuk memupuk kreativiti, mengasah bakat, dan membina kemahiran sosial kanak-kanak dan secara tidak langsung membudayakan ilmu dan pengetahuan.
Penyertaan ke festival ini adalah percuma dan terbuka kepada semua kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. SCLF bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang mengasyikkan, memupuk minat terhadap buku dan pembacaan, dan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Ini adalah peluang terbaik bagi mereka untuk berinteraksi, berinovasi, dan mengekspresikan diri dalam suasana yang positif.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival ini yang menggalakkan literasi dan kreativiti ini! Dengan pelbagai aktiviti yang dirancang, SCLF akan menjadi satu pengalaman yang tidak terlupakan bagi ibu bapa dan semua kanak-kanak yang hadir. Pastikan anda dan anak-anak anda hadir untuk merasai keunikan festival ini!
Untuk keterangan lanjut megenai SCLF 2024 sila hubungi pegawai seranta kami :-
i. Encik Ramdzan Saman : 082-442000 ext. 336 / ramdzans@sarawak.gov.my
ii. Puan Dayang Nadjwa : 082-442000 ext. 339 / najwa@sarawak.gov.my
Sarawakiana Exhibition: Sarawak Author's Festival / Legal Deposit 01 Oct 2024
(SIBU) Unity Arts Carnival 19 Oct 2024
Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 24 Oct 2024
(MIRI) Sarawak Book Fair & Authors Festival 2024 24 Oct 2024
Knowledge Camp 2024 26 Oct 2024