22 Januari 2025, KUCHING โ Pustaka Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada SeDidik Sarawak hari ini bertujuan untuk:
a. Mengukuhkan Jalinan Kerjasama: Meningkatkan hubungan strategik antara SeDidik Sarawak dan Pustaka Negeri Sarawak bagi memperkukuhkan kerjasama dalam Pembangunan Pendidikan Awai Kanak-kanak.
b. Penerokaan Program Literasi: Meneroka peluang kerjasama dalam program literasi dan pendidikan yang dapat diselaraskan dengan keperluan SeDidik Sarawak untuk meningkatkan budaya membaca dan pembelajaran kreatif dalam kalangan pelajar.
c. Perkongsian Sumber dan Kepakaran: Meneroka potensi perkongsian sumber perpustakaan, peralatan digital dan kepakaran yang boleh menyokong pembelajaran abad ke-21 di pusat pendidikan SeDidik Sarawak.
Pertanyaan lanjut berkaitan lawatan rasmi di Pustaka Negeri Sarawak sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat ditalian 082-442000.
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025
Ceramah Sarawakiana: Tiang Jerunei : Antara Mistik, Seni dan Identiti 10 Dec 2025
Sanggar dalam Adat, Ritual dan Perjalanan Hidup Masyarakat Bidayuh 11 Dec 2025
Seni Warisan: Bengkel Ukiran Kelembit 12 Dec 2025
Bengkel Seni Baju Ujan (Ngepan Batang Rajang) 13 Dec 2025