16 Ogos 2025, KUCHING β Majlis Perasmian πΊππππππ πͺππππ
πππβπ π¨πππ πππ
π³πππππππππ ππππππππ (SCALF) 2025 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi pada 16 Ogos 2025 di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.
Dalam majlis yang sama, pelancaran Kit Reading Seeds Versi 4.0 turut diadakan sebagai satu inisiatif penting dalam menyokong perkembangan literasi awal kanak-kanak.
Pustaka Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi atas kesudian merasmikan kedua-dua program tersebut serta atas sokongan berterusan beliau terhadap usaha memperkukuh pembangunan ilmu generasi muda.
SCALF 2025 kini menampilkan 11 ruang aktiviti interaktif yang direka khas untuk meneroka imaginasi dan potensi kanak-kanak melalui pelbagai pendekatan menarik.
Antara aktiviti yang sedang dijalankan termasuk bengkel praktikal, persembahan muzik dan tarian, sesi bercerita, permainan interaktif, gerai jualan dan banyak lagi.
Penyertaan ke festival ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang sedang berlangsung sekarang!
World Quran Hour 2026 11 Mar 2026
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026