EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Sambut Kunjungan Terakhir Duta Besar Amerika Syarikat

Posted on 27 January 2026

26 Januari 2026, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak berbesar hati menerima kunjungan terakhir Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan, sebelum beliau menamatkan perkhidmatan diplomatik pada 15 Februari 2026.

Sebagai sebahagian daripada kunjungan ini, satu sesi π‘΄π’†π’…π’Šπ’‚ π‘¬π’π’ˆπ’‚π’ˆπ’†π’Žπ’†π’π’• telah diadakan di Pustaka Negeri Sarawak bagi memberi ruang untuk menyampaikan penghargaan secara rasmi dan direkodkan.

Pustaka dipilih kerana keindahan persekitarannya serta kewujudan American Corner, yang menjadi simbol kerjasama pendidikan dan budaya antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Abang Abdul Rauf Abang Zen, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak; Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif; dan Hajah Salina binti Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) Pustaka Negeri Sarawak.

Related Link

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1296481865849219&set=pcb.1296483042515768