28 Julai 2026, ENGKELILI – Hari pertama Program Jelajah PANDei 2026 telah berlangsung di Digital Community Center (DCC) Engkilili menerusi pelbagai sesi perkongsian ilmu yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan literasi digital dalam kalangan masyarakat.
Antara pengisian program termasuk Pengenalan Platform e-Pembelajaran PANDei, Slot Keselamatan Siber, serta Bengkel Literasi Digital: AI dan Canva yang dikendalikan secara interaktif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital para peserta.
Program ini disertai oleh Kaunselor Majlis Daerah Lubok Antu, Ketua Masyarakat serta Ketua Kampung dari daerah Engkilili. Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan penglibatan yang aktif, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif antara peserta dengan para fasilitator.
Inisiatif Jelajah PANDei 2026 merupakan usaha berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam memperkasa literasi digital dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan teknologi secara selamat, beretika dan berkesan.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Sarawak Literature Festival 2026 23 Sep 2026
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026