PROGRAM JOM BACA BERSAMA 2023 BERTEMAKAN “ BACA BINA INSAN”
Detik Malaysia Membaca dan Sarawak Membaca telah kembali lagi. Program Jom Baca Bersama merupakan program membaca yang dilakukan serentak di seluruh Malaysia pada 18 Mei 2023 bertujuan memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. ”Baca Bina Insan” merupakan tema untuk Jom Baca kali ini.
Buat julung kalinya, Pustaka Negeri Sarawak akan bekerjasama dengan Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Kompleks Islam Sarawak untuk menjayakan Program Jom Baca 2023 bertempat di Centre Court, Majma Mall pada 18 Mei 2023 (Khamis), jam10:00 pagi – 12:00 tengahari.
Bersempena dengan Program Jom Baca tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak turut mengadakan lima (5) pertandingan kepada orang awam iaitu;
1. Pertandingan Mengulas Buku
2. Pertandingan Bercerita
3. Spelling Bee
4. Book Tower
5. Cabaran Ulasan Buku@Tiktok
Sehubungan itu, orang awam juga adalah dialu-alukan untuk turut serta dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis), bermula jam 11:00 - 11:10 pagi di mana jua anda berada.
Kongsikan DETIK ini dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #jombacaswk2022 #sarawakmembaca
LAPORAN/STATISTIK penyertaan boleh dihantar melalui “web browser” di alamat https://bit.ly/lrt2023
Jom bersama-sama kita semarakkan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2023.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ramdzan Saman atau Puan Dayang Najwa Hazwani Binti Awang Zaini ditalian 082-442000 ext. 339.
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025