Pustaka Negeri Sarawak menjemput orang ramai untuk mengunjungi Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak yang diadakan sempena Sambutan Hari Sarawak 2026.
Pameran ini mengetengahkan pelbagai maklumat, bahan sejarah serta khazanah Sarawakiana yang berkaitan dengan perjalanan sejarah, warisan dan identiti Sarawak. Ia bertujuan memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat nilai sejarah serta kepelbagaian budaya yang membentuk negeri Sarawak.
Menerusi pameran ini, pengunjung berpeluang menelusuri pelbagai koleksi dan bahan rujukan yang memaparkan kisah, peristiwa serta perkembangan Sarawak dari perspektif sejarah dan dokumentasi.
Pameran ini berlangsung dari Julai hingga September 2026, bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang bertempat di Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menghayati sejarah, mengenali warisan serta menyemarakkan semangat cinta akan Sarawak melalui kunjungan ke pameran ini.
Kemasukan adalah percuma.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
Bahagian Sarawakiana
Aidashermilla binti Hashim
📧 aidasheh@sarawak.gov.my
Nur Asikin (Mira) Ahmad
📧 nura4@sarawak.gov.my
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026