Pustaka Negeri Sarawak Sibu dengan kerjasama Masjid Setia Raja Mukah dan Jabatan Agama Islam (Mukah) akan mengadakan World Quran Hour bertempat di Masjid Setia Raja Mukah pada 25 Mac 2025, bermula jam 9:00 pagi- 12:30 tengah hari.
Turut diadakan dalam majlis ini adalah taddabur Surah Al-Saff oleh Pencetus Ummah Yeop atau PU Yeop sebagai tetamu jemputan khas program ini.
World #QuranHour adalah sebuah gerakan global yang mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk meluangkan waktu untuk membaca, memahami, dan menghayati Al-Qur?an.
Pada tahun ini, World Qurah Hour membawakan tema Surah Al-Saff yang menekankan kepentingan kesatuan umat dalam memperjuangkan agama Allah untuk manusia belayar di samudera kehidupan. Laksana kapal yang kukuh berlayar di tengah lautan luas, umat Islam perlu saling menguatkan supaya dapat mengharungi ombak perpecahan dan badai perselisihan.
Orang ramai di sekitar Mukah dijemput bagi memeriahkan lagi program ini.
Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi:
Pn. Fiona Ravia ak Asing/ Pn. Shahrieza/ En. Mohd Azharulnizam di talian 0198193440 / 084-315200.
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026